PANDUAN PERMOHONAN

1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang https://esmanj.bpijainj.my/.

2. Permohonan dibuka mulai 06 Ogos 2025 Hingga 03 September 2025.

3. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ (Manual Pengguna akan dibuka pada tarikh permohonan).

4. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

SYARAT PERMOHONAN

1. Calon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.

2. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

3. Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

4Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan hanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan.

5. Tarikh-tarikh penting akan sentiasa dimaklumkan melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
6. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk https://esmanj.bpijainj.my/ yang disediakan di pautan ini.

SEKOLAH YANG DITAWARKAN

1. Maahad Johor, Johor Bahru (MJ) - Maklumat Lanjut

2. Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ) - Maklumat Lanjut

3. SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) - Maklumat Lanjut

4. Maahad Pontian, Pontian (MP) - Maklumat Lanjut

5. SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR) - Maklumat Lanjut

6. SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG) - Maklumat Lanjut

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Keputusan Peperiksaan UPKK

2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Setara - (Setengah Tahun Darjah 6)

3. Penilaian Bidang Al-Quran

4. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ / Setara

5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2025

6. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2024